TERKINI :

Monday, November 9, 2015

Syarikat parking saman MBAS RM46 juta

MPAS
PETALING JAYA: Sebuah syarikat meletak kenderaan, Syarikat Kayangan Parking Sdn Bhd (KPSB), memfailkan saman lebih RM46 juta terhadap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Ia dibuat di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, Noorhidayah Mohd Saad.

Tuntutan ganti rugi itu diambil selepas wujud pelanggaran perjanjian yang dipersetujui bersama.

Dalam fail writ samannya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPSB), Ahmad Hazery Che Din mendakwa syarikatnya berdepan masalah selepas menandatangani perjanjian menguruskan tempat meletak kereta di bawah bidang kuasa MBAS pada 17 Mac 2015.

Selain menukar waktu dan tempoh operasi, MBAS turut dikatakan memendekkan masa operasi sepanjang Ramadan dan lewat membuat pembayaran perkongsian kutipan.

Menurut laporan yang dipetik Berita Harian Online, KPSB turut mendakwa defendan tidak mengeluarkan kompaun terhadap pesalah yang meletak kereta secara salah di luar petak tempat meletak kereta di kawasan bawah kawalan plaintif.

Kegagalan itu menyebabkan KPSB menghadapi kerugian pendapatan yang teruk sehingga menjejaskan kemampuan melaksanakan komitmen terhadap defendan seperti mana terkandung dalam perjanjian.

Selain itu, KPSB turut menerima surat daripada defendan bertarikh 28 September menamatkan secara salah perjanjian berkenaan dan meminta KPSB menghentikan operasi bermula 27 November ini.

Defendan perlu memfailkan dokumen penyata pembelaan sebelum 14 Disember ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...