TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

SPRM: SRC macam tak mahu kami siasat


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatannya terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, tetap diteruskan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat adalah perkara berbeza dan tidak boleh dijadikan penghalang.

“Sesungguhnya siasatan SPRM tidak boleh diganggu atau ditangguhkan atas alasan perlu menunggu sehingga siasatan yang berkaitan dengan kebocoran maklumat yang dilaporkan sebelum ini selesai terlebih dahulu,” katanya.

Zaki berkata, SPRM hanya bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh melewat dan menjejaskan siasatannya.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada SRC International jika pihaknya mahu membuat laporan polis agar menyiasat isu kebocoran maklumat dimaksudkan.

“Kenyataan SRC International berkaitan perkara ini sekiranya benar, ia seolah-olah pihak berkenaan tidak mahu SPRM menjalankan siasatan terhadap SRC International,” katanya.

Zaki mengingatkan mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang menghalang siasatan SPRM boleh diambil tindakan.

Bernama hari ini melaporkan SRC meminta peguam negara memulakan siasatan bebas untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap kebocoran atau kemungkinan penjualan maklumat sulit.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...