TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

Siapa PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR, Siapa yang TIDAK ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN....!!??

ULASAN GB

SUMBER LINK
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... sekarang ternyata siapa PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR, siapa yang TIDAK ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN....

Tatkala masing-masing ahli parlimen pembangkang mengundi untuk menolak Bajet 2016, ahli-ahli parlimen PAS kecuali 3 orang, telah bertindak untuk berkecuali.

Sekalipun ada yang berhujjah menyatakan bahawa walaupun jika kesemua MP PAS bertindak untuk menolak Bajet 2016, kita tidak akan menang sebab jumlah kita masih tidak mencukupi untuk melawan BN, namun yang utama ialah pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak sepatutnya berlaku.

Hujjah Presiden PAS kononnya Bajet 2016 Bajet 2016 mampu mensejahterakan rakyat sekalipun tidak mematuhi syariah adalah sesuatu yang amat dikesalkan. Jika demikian bererti PAS bersekongkol dengan UMNO BN untuk melakukan sesuatu yang tidak mematuhi syariah. Yang anehnya, Presiden PAS, seperti di dalam kes-kes terdahulu, lansung tidak hadir sidang parlimen.

PAS mengkhianati rakyat dimana di dalam pilihanraya umum yang lalu, rakyat mengundi mereka di atas kapasiti mereka seorang ahli Pakatan Rakyat yang sepatutnya mereka bersama dengan PR untuk sebarang keputusan di Parlimen. Tetapi mereka mengambil pendirian untuk bertindak melawan aspirasi rakyat malah dilihat cuba untuk bersekongkol dengan UMNO BN dengan tidak menolak Bajet 2016.

Di Selangor pandai pula mereka menggunakah hujjah apabila tidak mahu meletakkan jawatan di dalam kerajaan Selangor di atas alasan kononnya rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PR!


PAS juga dilihat sebagai parti yang tidak istiqamah untuk menuju kemenangan apabila mereka bertindak tidak menolak Bajet 2016 sekalipun ia tidak mematuhi syariah. Kerana katanya asalkan ia mensejahterakan rakyat. Ada korupsi tidak apa, ada rasuah tidak apa, ada hasil judi arak tidak apa, ada penyelewengan tidak apa, ada kes besar seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion tidak apa.... asalkan rakyat sejahtera! Itu logik dan hujjah mereka!

Jika demikian halnya juga, pemerintahan Quraisy Mekah pun tak perlu ditentang leh Rasulullah, kerana ada juga yang dilakukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab yang mensejahterakan rakayt Mekah ketika itu. Tetapi Rasululllah menolak untuk bersekongkol dengan pemimpin Quraisy Mekah, walaupun ditawar menjadi menteri, jadi raja. Apa jawab baginda? Rasulullah berkata “Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.” Baginda tidak menyatakan aku berkecuali, baginda tidak menyatakan kita boleh bekerjasama dengan kumpulan Quraisy Mekah di dalam hal-hal untuk mensejahterakan rakyat...

Istiqamahkah dengan cara PAS itu? Itukah hasil laungan "fastaqim" mereka? Ya, yang nyata ialah istiqamah untuk bekerjasama dengan UMNO BN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan... PAS akan tetap binasa dan akan tetap menerima hukumanNya.

GREENBOC

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...