TERKINI :

Friday, November 27, 2015

Saya hanya kesian pada UMNO – Hamidah

Hamidah UMNO
PETALING JAYA: Kesal dan kesian itu sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamisah Osman terhadap parti yang menjadi tulang belakang kepada negara, parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO.

Bukan itu sahaja, beliau juga terkejut dan mempertikai andaian yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila dikatakan berada di atas pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti.

“Itu tidak benar. Di mana? Bila? (berada di pentas pembangkang). Apa maksud beliau (Tengku Adnan) bahawa saya memburuk-burukkan parti?

“Bilakah saya memburuk-burukkan parti? Saya tidak pernah memburuk-burukkan parti. Apakah Presiden itu parti, parti itu Presiden?,” soalnya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT) pada Khamis.


Dalam pada itu, beliau turut ditanya jikalau berhasrat untuk membuat rayuan atau mengambil tindakan undang-undang berhubung pemecatan yang dibuat oleh UMNO terhadapnya itu.

“Saya akan putuskan esok,” jawabnya ringkas tanpa mengulas lanjut.

Menurut laporan awal, Tengku Adnan menyifatkan langkah UMNO mengambil keputusan untuk memcat Hamidah daripada parti adalah kerana dia berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti UMNO.

Pada 24 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi mengumumkan pemecatan Hamidah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di bangunan sementara Parlimen.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...