TERKINI :

Friday, November 6, 2015

Saya hanya bergurau untuk dapat perhatian – Ng Suee Lim

Ng-Sue-Lim-Jamal-Yunos
SHAH ALAM: Cadangan supaya nama Bagan Nakhoda Omar (BNO) di Sabak Bernam ditukar kepada nama Cina hanya gurauan untuk mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim membuat pengakuan itu selepas cadangannya membangkitkan kemarahan ramai pemimpin UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dilaporkan ‘bengang’ dan menyarankan Suee Lim membawa orang Cina di kampung itu berpindah keluar.

“Itu cuma lawak sahaja (cadangan tukar nama kampung) dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pun tahu saya berlawak.

“Kalau tengok saya cakap semalam memang dalam nada gurauan dan bukan saya nak tukar BNO kepada nama Cina,” katanya di Dewan Negeri Selangor pada Jumaat.

Suee Lim berkata, dia sedia berhadapan dengan Jamal bagi menyelesaikan isu itu memandangkan dia telah lama tidak puas hati dengan Jamal yang terlebih rasis apabila membuat kenyataan ‘Cina Babi’.

“Jamal cakap saya rasis…terpulanglah… saya memang dah tunggu dia lama untuk berjumpa dalam pilihan raya sebab dia kata Cina babi..itu satu perkara yang tidak boleh dinafikan..(Jamal cakap dalam) Himpunan Merah, 16 September, terang-terang dia cakap Cina babi,” katanya.

Mengulas sidang media yang dibuat Jamal bagi mengutuknya kerana mencadangkan pertukaran nama kampung itu, Suee Lim berkata, dia tidak kisah kerana ia permainan politik.

“Tak mengapalah..ini politik..kalau Jamal nak buat sidang media, buatlah..saya biasa di kawasan Sekinchan dan Sabak Bernam

“Saya sudah lawan dengan tiga orang… dulu saya lawan Khir Toyo, sekarang saya lawan Noh Omar, dan saya akan berdepan dengan Jamal bila-bila masa, tak ada masalah,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...