TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

Salahuddin: Ada yang iri hati kejayaan Amanah

Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun baru berusia hanya dua bulan, kata Timbalannya Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata, selain itu pemimpin- pemimpin kanan Amanah telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa.

‎"Perkara ini membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.

"Di samping itu, pihak sekretariat pula sedang bekerja keras memproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insya-ALLAH," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata pencapaian Amanah yang menyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah "Rahmat Untuk Semua" disamping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli , ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju kehadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.

"Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.

"Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan? ," ujarnya.

Katanya, kekuatan pihaknya praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawapan secara kolektif.

"Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap "kluk-klek". Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman," katanya.

Katanya lagi, berbekalkan pengalaman puluhan tahun dipersada perjuangan, beliau dan Mohd Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti mana yang berlaku kini.

" Insya-ALLAH Amanah walaupun usianya masih baru mampu untuk membaca kilat ikan di air," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...