TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

Rafizi ganti Tony Pua dalam debat secara langsung 1MDB

 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.

"Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu," kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menghormati pengumuman Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia iaitu Pua sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak sewajarnya berdebat dengan Arul.

"Pakatan Harapan mencadangkan perdebatan tersebut dibuat dalam siaran televisyen secara langsung, di depan penonton secara langsung dan dalam bahasa kebangsaan.

"Format perbahasan tersebut akan dibincangkan ketua whip dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak," kata Loke yang juga ahli Parlimen Seremban.

Kenyataan Pakatan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu. – 5 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-ganti-tony-pua-dalam-debat-secara-langsung-1mdb#sthash.72Dvht0A.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...