TERKINI :

Sunday, November 1, 2015

Pulau Bunting bakal jadi pelabuhan


YAN - Kerajaan Kedah tetap mahu membangunkan Pulau Bunting di sini sebagai sebuah pelabuhan walaupun ada cadangan pihak swasta untuk membina sebuah loji jana kuasa elektrik menggunakan arang batu di pulau itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelabuhan di pulau itu adalah untuk dimanfaatkan oleh industri di Gurun, terutama syarikat automotif.

"Ini (pelabuhan di Pulau Bunting) adalah salah satu rancangan jangka panjang, jadi saya lihat Yan mempunyai banyak potensi bukan sahaja pelancongan tetapi juga industri," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke daerah itu hari ini.

Bagaimanapun katanya cadangan membangunkan Pulau Bunting sebagai sebuah pelabuhan masih pada peringkat awal.

Menurut Mukhriz kerajaan negeri merancang memanfaatkan pembinaan jalan raya antara Pulau Bunting dan Gurun oleh kerajaan pusat itu dengan terus membangunkan daerah tersebut.

Kerja pembinaan jalan raya sepanjang 18 kilometer itu kini mencecah 18 peratus. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...