TERKINI :

Saturday, November 28, 2015

PRU-14: Pakatan Harapan sasar satu lawan satu

azmin-ali
SHAH ALAM : Pakatan Harapan menyasarkan untuk bertanding satu lawan satu sebagai strategi berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO.

“Sekurang-kurangnya perjanjian asas kita adalah untuk memastikan satu lawan satu. Itu merupakan perkara asas untuk berhadapan dengan BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 PKR pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri baru-baru ini bahawa PKR tidak akan membenarkan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di kerusi Pas pada PRU-14 nanti.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menambah, pihaknya yakin bahawa sasaran tersebut boleh dicapai walaupun pembangkang menghadapi masalah berhubung pengagihan kerusi.

“Kita sudah melalui proses ini banyak kali. Alhamudulillah. Ini semua perkara (pembahagian kerusi) yang kita boleh bincangkan..kalau kita letakkan kepentingan negara dan mengenepikan kepentingan parti dan individu.

“Saya percaya ia boleh diselesaikan dan dengan pemimpin yang ada pada hari ini sama ada dalam Keadilan, DAP, Pas dan Amanah, perkara ini boleh diselesaikan dalam masa yang sesuai,” jelasnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...