TERKINI :

Wednesday, November 25, 2015

Premis di Langkawi diminta bayar cukai

 Langkawi

LANGKAWI - Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) mengingatkan pemilik premis di seluruh pulau peranginan ini supaya menjelaskan cukai pintu masing-masing sebelum 31 Disember ini.

Yang Dipertuanya Ishak Murat berkata, pihaknya telah pun mengeluarkan surat peringatan kepada 193 pemilik premis yang belum menjelaskan cukai itu sehingga kini.

"Jika mereka gagal menjelaskannya dalam tempoh yang diberikan itu MPLBP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya lebih daripada 80 peratus premis di Langkawi telah pun menjelaskan cukai masing-masing.

Ishak berkata pelbagai cara diadakan seperti kempen untuk menyedarkan pemilik premis tentang kepentingan melunaskan cukai yang dikenakan itu.

Daripada Januari hingga Oktober tahun ini, MPLBP telah mengutip sebanyak RM8 juta cukai daripada premis di pulau terbabit dan berharap dapat mengutip RM2 juta lagi dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...