TERKINI :

Wednesday, November 4, 2015

PKR selar Putrajaya ‘pilih bulu’ halang pembangkang ke sekolah, universiti

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selar sikap Putrajaya yang
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia daripada PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar sikap Putrajaya yang "pilih bulu" kerana menghalang pembangkang memasuki sekolah dan universiti awam walaupun bukan bagi tujuan politik.

Nik Nazmi yang juga sxco pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi Selangor itu berkata, beliau pernah berdepan situasi sedemikian walaupun ketika itu hadir atas kapasiti sebagai exco, bukan jawatan politiknya, ketua Pemuda PKR.

"Dasar halangan yang diamalkan kerajaan persekutuan ini jelas membuktikan demokrasi kian terhakis, mereka tidak profesional.

"Kerajaan amalkan 'double standard', kita bukan masuk (ke sekolah atau universiti awam) untuk berkempen politik tapi berwacana dan berbincang dengan pelajar, itu saja," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.

Nik Nazmi berkata, pelajar sepatutnya diberikan kebebasan berwacana dan berbincang mengenai sesuatu isu di universiti awam.


Beliau memberi contoh Universiti Selangor (Unisel), di mana kerajaan negeri mengadakan forum antara pemimpin Umno, PAS dan beliau sendiri hadir dalam forum anjuran universiti berkenaan, tahun lalu.

"Tahun ini kita cuba dapatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk pesta konvokesyen mereka (Unisel). Saya cuba dapatkan (Datuk Abdul) Rahman Dahlan, tetapi dia mungkin lebih suka Twitter.

"Saya cuba dapatkan beberapa lagi, semua tak dapat, MCA pun tak dapat. Masing-masing ada alasan," katanya.

Sebelum ini, sebuah forum kesederhanaan bertajuk “Everything in Moderation” yang sepatutnya berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dibatalkan pada saat akhir tanpa sebab diberikan pihak universiti yang juga penganjur bersama program itu.

Forum itu dijadualkan menampilkan beberapa tokoh, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Nik Nazmi dan pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Sebulan selepas insiden itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula dihalang daripada berucap pada sebuah forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di universiti yang sama.

Beliau hanya diberikan masa 10 minit untuk berucap dalam forum berkenaan sebelum mikrofon dirampas pihak keselamatan universiti. – 4 November, 2015.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...