TERKINI :

Tuesday, November 24, 2015

PJ PAS Perak hanya berani atas pentas sendiri, bila AMANAH ajak debat beliau tolak..!!

Debat terbuka tidak beri faedah

Debat terbuka tidak beri faedah

IPOH - “Tiada keperluan berdebat,” itu reaksi , Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung cadangan Amanah Parlimen Parit Buntar yang mahu debat terbuka diadakan antara beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi meleraikan isu pengkhianatan baiah.

Beliau berkata, perdebatan itu bukan sahaja membuang masa malah tidak memberikan faedah dan nilai tambah, khususnya kepada Pas.

“Pas Perak tidak akan melayan sebarang provokasi daripada Amanah. Bagi kita, perdebatan atau perbahasan tidak memberikan apa-apa keuntungan dan hanya memberi kelebihan kepada Umno,” katanya.

Terdahulu, perdebatan itu dicadangkan oleh Amanah Parlimen Parit Buntar selepas melihat beberapa pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah bagi membidas kredibiliti dan ‘pengkhianatan’ dilakukan Mujahid.

Razman berkata, tindakan beberapa wakil rakyat Pas keluar parti dan menyertai Amanah sememangnya pengkhianat kerana mereka mengetepikan baiah yang dipersetujui.

“Mereka ini telah setuju dengan syarat perjanjian di antara diri mereka dengan jamaah bersaksikan ALLAH, tiba-tiba mereka keluar parti dan mencabar Pas, pada pandangan saya inilah pengkhianat,” katanya.

Beliau berkata, Pas Perak mengadakan satu program ceramah bersama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Parit Buntar yang bertujuan memberi penerangan tentang pendekatan Pas dalam mengurus negara dan memberi kesejahteraan pada rakyat.

“Ceramah itu juga diadakan bagi mencungkil bakat individu bukan Islam untuk bersama perjuangan Pas bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan DAP untuk menghadapi PRU14,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...