TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

PERKASA pula lontar 2 soalan buat Jamil Khir



Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) PERKASA ingin mengajukan satu cadangan dan dua soalan kepada Datuk Seri Jamil Khir, menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

BPI berpandangan secara tegas dan wajib Dato Seri Jamil saman saja Akmal Nasir dengan segera.

Tidak perlu menunggu untuk Akmal Nasir membuat permohonan maaf.

Bila ada pembicaraan di mahkamah nanti, maka rakyat akan tahu kebenarannya.

Jika Akmal Nasir berani bercakap, maka semestinya beliau juga mesti berani untuk menanggung akibatnya.

Berani buat berani pikul.

Pertanyaan kami pula dalam dua perkara:

(1) Apakah benar kos perbelanjaan menteri ke Amerika Syarikat menjangkau lebih RM590,000?

Ya atau tidak. Jika ya, apakah ini dikira sederhana sejajar dengan konsep wassatiyyah yang dicanangkan kerajaan?

(2) Apakah benar gaji dan dan berbagai elaun dengan berbagai jawatan sepertimana yang didedahkan yang merujuk kepada pengerusi dan timbalan pengerusi adalah wajar dan bersesuaian?

Adakah mereka ini mempunyai kelayakan atau adakah pelantikan mereka hanya atas dasar politik semata-mata?

Apakah gaji dan berbagai elaun ini wajar dan apakah pemegang jawatan ini bekerja sepenuh masa serta mempunyai kuasa eksekutif?

Pihak pengurusan dan menteri/ timbalan menteri JPM yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tolong jawab segera pertanyaan BPI PERKASA secepat mungkin.

AZRUL AKMAL SAHARUDIN setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) PERKASA.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...