TERKINI :

Thursday, November 12, 2015

Percubaan UG di Selangor: Penafian BANGANG Noh Omar ni tak boleh pakai kut.. !!

Bangang betul la pemimpin Noh Omar ni, memang la kalau takat 27 wakil rakyat tak boleh bwntuk kerajaan di Selangor, tapi benda UG di Selangor dah kecoh lama dah, takkan Pengerusi Umno Negeri taktau cerita.

Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menafikan dakwaan bahawa partinya dan PAS cuba membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.
Malah, beliau turut mempersoalkan logik mengenai dakwaan yang dibuat bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

"PAS mempunyai 15 ADUN manakala Umno hanya ada 12. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi (daripada 56) untuk membentuk kerajaan di Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Deepavali MIC di Batu Caves. - Mkini.
TheMalaysianInsider pula melaporkan:
12 tambah 15, jadi 27. Dengan 27 (kerusi) tidak boleh tubuhkan kerajaan.

"Saya tidak tahu apa-apa. Tetapi secara logiknya, ikut fahaman orang biasa, bagaimana hendak tubuhkan sebuah kerajaan negeri dengan 27 (kerusi)?" soalnya ketika ditemui pemberita pada sambutan rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di Batu Caves hari ini.

Majoriti mudah 29 wakil rakyat dalam badan perundangan Selangor diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri - Ibid.
Bangang betul la pemimpin Noh Omar ni, memang la kalau takat 27 wakil rakyat tak boleh bwntuk kerajaan di Selangor, tapi benda UG di Selangor dah kecoh lama dah, takkan Pengerusi Umno Negeri taktau cerita.


TheMalaysianInsider pada Oktober 2014 melaporkan:
Isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Kalau PAS boleh curi dua atau tiga orang lagi Adun PKR bersama Azmin tentulah lebih dari cukup untuk bentuk kerajaan.

Malah macam kata YB Khalid Samad macam dalam video yang aku kongsi dalam posting sebelum ni, sebenarnya secara tak langsung dah berlaku pun kerjasama tu bila Khalid Ibrahim boleh bertahan sebagai MB selangor hampir dua minggu dengan sokongan Adun Umno bila Adun PKR dan DAP tarik balik sokongan kepada Khalid Ibrahim.

Dan dalam tempoh tu Khalid Ibrahim pecat habis Exco dari PKR dan DAP, cuma tinggal Ecxo dari PAS saja.

Lagi satu, tak relevan sangat kut walaupun Noh Omar menafikan ada kerjasama antara PAS dan Umno di Selangor.

Isunya sekarang ni adalah pengakuan Hj Hadi dalam mesyuarat PAS Pusat. Setakat ni sekurang-kurangnya dah 5 orang AJK PAS Pusat mengesahkan cerita ni secara terbuka.

Selain pendedahan Husam yang dalam ceramah dia yang viral baru ni, cerita di mula dibuka oleh Hanifa Maidin macam yang dilaporkan oleh TheMalaisianInsider.

Hj Nizar masa ucapan perasmian Mesyuarat Agung PAS Kuala Kedah pun ada sebut kisah ni.

Suhaizan Kayat yang masa tu adalah Ketua Pemuda PAS Pusat pun sahkan cerita tu.

Maknanya dah lebih 4 orang saksi, kalau kes zina pun boleh sabit kut, kecuali la kalau depa ni 'hakim' kata tak 'adil' atas alasan depa ni dituduh sebagai 'pengkhianat'atau lebih teruk lagi 'munafiq' mac ramai geng Ostad dok tudun dalam kuliah depa merata masjid dan surau secara terbuka terutama sekali sejak NGO Harapan Baru ditubuhkan.

SUMBER

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...