TERKINI :

Friday, November 27, 2015

Pemuda PKR Kedah menggesa agar parti itu terus bekerjasama dengan PAS.

Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, sekiranya PKR memutuskan hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015.
Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.

"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.

"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.

"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.

"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius. – 27 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putus-dengan-pas-jangan-berangan-nak-perintah-kedah-kata-perwakilan#sthash.iMQyrfEn.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...