TERKINI :

Saturday, November 21, 2015

Pemimpin Amanah Terengganu dakwa diserang anak pemimpin PAS

Bapa kepada Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria, Zakaria Abdul Rahman memberitahu seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila dan menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.
Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu.

Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria memberitahu The Malaysian Insider, bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.

Miqdad, anak saudara kepada isteri presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya, pemuda berkenaan datang untuk menyerangnya.

"Ketika itu saya tiada di rumah," kata Miqdad yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah Terengganu kepada The Malaysian Insider.

Bapa kepada Miqdad, Zakaria Abdul Rahman menulis dalam laporan polisnya menceritakan seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila.

"Saya memberitahu beliau anak saya tiada di rumah. Kemudian lelaki itu menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik' dan menyebabkan beberapa jiran saya lain turut terdengar jeritan itu," kata Zakaria dalam laporannya di Balai Polis Marang.


Laporan polis yang dibuat Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya. – Gambar The Malaysian Insider, 21 November, 2015.
"Selepas itu lelaki tersebut terus beredar dari rumah saya untuk mencari anak saya. Saya bimbang akan keselamatan saya dan ahli keluarga saya. Saya takut terjadi apa-apa di kemudian hari."

Dalam respon melalui Facebook, Miqdad bagaimanapun memaafkan pemuda berkenaan dan berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Ana harap apa yang berlaku kita selesai dengan cara yang baik. Ana maafkan Ustaz Muhammad Nasih Ulwan.

"Lepas ni cukuplah tunjuk akhlak yang tak baik. Minta jasa baik Ustaz Zakaria Dagang jaga elok-elok Nasih… Ana terpaksa Report Polis untuk jaga keselamatan mak ayah ana… maafkan ana," tulis Miqdad.

Akan tetapi Setiausaha Pemuda Amanah Terengganu Mohd Sufian Mat Ali memaklumkan, ancaman terhadap pimpinan di negeri itu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Sufian berkata, ketika laporan polis itu dibuat ayah Miqdad, iaitu sekitar jam 1.15 tengah hari tadi, sekali lagi kediaman pemimpin Amanah itu didatangi orang sama dan turut mengeluarkan ancaman yang sama.

Ancaman berunsur politik ini, katanya, turut diterima Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda pada Khamis, 19 November lalu dari individu yang sama.

"Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan kejadian yang berlaku ini kepada 2 pimpinan pemuda Amanah, seolah-olah dirancang pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan Amanah di Terengganu," katanya.

Pemuda Amanah Terengganu menasihatkan semua ahli agar berhati-hati dalam menerangkan agenda parti kepada masyarakat dan sekiranya mendapat ancaman keselamatan, hendaklah segera melaporkannya kepada pihak polis. – 21 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-amanah-terengganu-dakwa-diserang-anak-pemimpin-pas#sthash.Yap8aFyB.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...