TERKINI :

Thursday, November 19, 2015

Peguam Khairuddin saran TPM, IGP minta maaf

Timbalan perdana menteri (TPM), ketua polis (IGP) dan peguam negara (AG) patut meminta maaf kepada bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, kata peguam Hanif Khatri Abdullah.

Hanif mewakili Khairuddin dan Chang, peguam dan bekas pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanif berkata memohon maaf adalah pilihan terbaik memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pertuduhan pada mereka bawah Seksyen 124L Kanun Keselamatan tidak tertakluk bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

“IGP panggil mereka pengganas dan TPM kata penggunaan Sosma pada mereka berdua sebagai tindakan tepat.

“(AG Tan Sri) Apandi (Ali) semasa pengurusan kes berkata penggunaan Sosma adalah wajar,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan tuduhan mensabotaj perkhidmatan kewangan bukan bawah Sosma dan hakim memerintahkan Khairuddin dan Chang dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin memutuskan bahawa perkhidmatan kewangan tidak termasuk bawah Perkara 149 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang mana undang-undang Sosma digubal oleh parlimen.

Khairuddin dan Chang sebelum ini ditahan selepas membuat laporan polis di pelbagai negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, berkaitan isu 1MDB.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...