TERKINI :

Monday, November 2, 2015

PBB gesa pembebasan Anwar, dakwa langgar undang-undang antarabangsa

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB  menyifatkan perbicaraan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa pembebasan beliau dengan segera.

Keputusan itu diputuskan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta.

"Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes itu, kumpulan kerja berpendapat jalan untuk membetulkan keadaan adalah membebaskan Saudara Anwar dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan kerja itu yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Parlimen pagi ini.

Nurul Izzah bersyukur dengan pendirian PBB itu sekali gus memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurut saranan mereka.

"Pendirian tegas sebegini, bersolidariti bersama-sama Anwar menghantar satu mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan dunia," katanya. – 2 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pbb-gesa-pembebasan-anwar-dakwa-langgar-undang-undang-antarabangsa#sthash.W8cHEfs3.mbNQWnVP.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...