TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

Pas yakin ganti UMNO pada PRU14

Khairuddin,pas-umno
PETALING JAYA: Pas yakin pengundi Melayu akan memberi sokongan kepada parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi menggantikan UMNO.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri apabila parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan dan memilih untuk bergerak secara bersendirian menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, DAP dan PKR telah berjaya menarik sokongan pengundi Cina, maka Pas perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan undi Melayu dengan slogan ‘Pas ganti UMNO’.

“Dengan Pas bergerak sendirian, orang Melayu Islam boleh beralih kepada Pas. Begitu juga Cina dan India yang tidak bersetuju dengan pendekatan DAP boleh beralih undi kepada Pas.

“Sepanjang Pas berada dalam Pakatan Rakyat tindakan DAP tidak membantu Pas untuk mendapatkan undi Melayu. Isu-isu agama yang dibangkitkan akan menjadikan Melayu terpaksa bernaung di bawah UMNO walaupun mereka tidak bersetuju dengan pelbagai penyelewengan yang dilakukan BN,” katanya kepada FMT.

PKR sebelum ini menggesa pakatan pembangkang supaya berhenti membuat provokasi sesama sendiri kerana itu menyukarkan pembangkang untuk menentang BN dalam PRU akan datang sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...