TERKINI :

Sunday, November 8, 2015

PAS umum nak lawan DAP boleh, mai DAP umum nak lawan PAS tak boleh pulak..!!

KLIK SINI

Tanding lapan kerusi, taktik DAP pecah undi Pas

KOTA BHARU - Tindakan DAP yang bercadang untuk bertanding lapan kerusi Pas di Selangor disifatkan sebagai taktik untuk memecah undi Pas di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, selain itu ia memperlihatkan taktik DAP untuk mengembalikan Umno di kerusi yang komposisi pengundinya adalah 20 hingga 30 peratus adalah bukan Melayu.

“Ia kerana difahami Pas menang pada PRU13 lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika DAP bertanding di kawasan itu, bagi DAP, mereka akan dapat undi itu dan pengundi tidak akan mengundi BN, maka Pas akan peroleh undi Melayu sahaja. Itu yang tersirat,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas kenyataan Khalid Samad yang menafikan tindakan DAP untuk bertanding di lapan kawasan di Selangor disebabkan oleh kurang keyakinan kepada rakan baru mereka iaitu Amanah, tetapi sebaliknya tidak yakin langsung dengan Pas.

Menurutnya, dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi dan pilihan raya, semua parti berhak bertanding tanpa batasan, asalkan mengikut lunas undang-undang yang ada.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan berkata, sekiranya bertanding dengan alasan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka kesannya adalah kepada parti yang tidak kuat, termasuklah juga parti yang mencuba nasib itu.

“Bagi berdepan taktik DAP ini, Pas Selangor seharusnya menggunakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.

“Malah peranan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) juga perlu lebih aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...