TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

PAS tidak kenakan tindakan displin ahli Parlimen tolak Bajet 2016

PAS tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli Parlimen mereka yang tidak menyokong Bajet 2016 ketika ia diundi di Dewan Rakyat malam tadi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.
PAS tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli Parlimen mereka yang tidak menyokong Bajet 2016 ketika ia diundi di Dewan Rakyat malam tadi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.

Takiyuddin yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, tindakan mereka bukanlah perkara yang serius dan mereka boleh membincangkannya melalui sesi “minum kopi”.

"Jangan jadikan isu ini terlalu serius, kita akan panggil mereka untuk “minum kopi” saja, pasal kejadian semalam. Saya tidak fikir bukan isu besar," kata ahli Parlimen Kota Baru itu kepada pemberita.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam berkata, hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan,

Mahfuz merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Semasa sesi pengundian bajet itu berlangsung semalam, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.

Takiyuddin berkata, pihaknya tidak menganggap isu undi bajet ini adalah isu besar dan tidak menunjukkan terdapat perpecahan di dalam PAS.

"Bagi saya, isu undi itu tidak bagi kesan besar pada parti, kalau kita ambil sikap tolak tetap akan lulus juga.

"Kita buat keputusan parti tidak menolak semua bajet dan tidak terima semua. Kita tolak yang tidak baik, terima yang baik itu pendirian kita.

"Bukan kita pihak mana mana, kalau baik untuk rakyat kita sokonglah," katanya lagi. – 17 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-tidak-kenakan-tindakan-displin-ahli-parlimen-tolak-bajet-2016#sthash.k8AyslBD.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...