TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

PAS takdak pilihan melainkan terpaksa pecat Husam.


Malaysiakini melaporkan:
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog “Demo Tanya Ambo Jawab” di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian. - Mkini.
Nampak gayanya Husam pilih untuk terus kekal nak jadi gunting dalam lipatan walaupun ramai nampak jelas dia macam mempelam harumanis.  Hj Husam juga dilaporkan:
"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu. - Ibid.
Nampak gayanya PAS takdak pilihan melainkan kena pecat jugak Husam. Sampai tara tu dia belasah Ketua Dewan Ulama. Takkan nak biar husam terus jadi gunting dalam lipatan macam ni.
PAS Kelantan akan membuat laporan kepada PAS Pusat terhadap tindak tanduk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Ini susulan tingkah laku Husam yang terus mengkritik kerajaan negeri secara terbuka dan kepimpinan tertinggi parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), lapor Harakahdaily.

“Dan tertakluk kepada PAS Pusat untuk mengambil apa-apa bentuk tindakan selepas ini,” setiausaha badan perhubungan PAS negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi dilapor sebagai berkata. - Mkini.
Apa pun, aku kesian jugak kat PAS, tak kira sama ada PAS pecat Husam atau biar dia terus duduk dalam PAS, kut mana pun akan ada masalah.

Tara mana masalahnya bergantung kepada setakat mana Husam nak terus bongkar masalah-masalah yang ada dalam PAS sama ada di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan ataupun PAS secara umumnya.

Pasainya aku yakin Hj Husam ada berlambak lagi isi dan rahsia yang ada kat dia.

Penganalisa politik jugak berbeza pandangan.

Malaysiakini melaporkan:
Prof Ahmad Atory Hussain berpandangan mana-mana parti politik memerlukan seseorang yang "radikal" bagi memastikan ia kekal relevan.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika semakin ramai golongan yang "lantang" meninggalkan parti, PAS akan dilihat dikuasai sesetengah golongan sahaja.

"Tinggallah PAS dengan golongan ulama yang konservatif. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat Husam wajar keluar daripada PAS kerana tidak lagi "sehaluan" dengan pendirian parti.

Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, sebagai anggota PAS, Husam tidak patut memburukkan parti secara terbuka.

“Kalau berterusan begini (kritik parti) akan timbul masalah dan dari segi jangka masa panjang, (ia) akan bawa kesan tak baik pada parti. - Ibid.

SUMBER - Cenangau D'kari

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...