TERKINI :

Sunday, November 1, 2015

PAS kata AMANAH dapat dana dari tokey DAP untuk sabotaj perjuangan ISLAM


PAN menjenamakan perjuangannya dengan label Islam sekalipun setakat ini tidak menunjukkan sensitiviti dalam isu isu berkaitan Islam sama ada dalam bentuk nasihat, teguran mahupun bantahan.

PAN memberi publisiti sumbangan RM50ribu yang diterima dari seorang pembiaya besar DAP iaitu Koon Yew Yin. Ia seakan memberi gambaran sebenar bagaimana PAN boleh berbelanja besar dalam programnya sehingga menjadi bahan perbualan di kalangan wartawan seperti pernah ditulis kolumnis akhbar The Star, Jocelyn Tan.

PAN terima RM50 ribu. Itu gula gula sahaja. Syaratnya kerja kuat kerana ia menepati dan selari dengan kepentingan DAP.

DAP Penang pernah terima RM50 juta dari Koon Yew Kin. Malah sempena hari jadi Lim Kit Siang, Pengerusi DAP pun beliau memberi RM100 ribu. Ini pernah dilaporkan media.

Apa karakter dan pemikiran Koon Tew Kin?. Beliau menunjuk sikap menentang prinsip perjuangan Islam. Beliau pernah dilapor menyeru menolak Al Quran dan idea Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ini lah pembiaya terkini yang didedahkan oleh PAN sendiri.

Pada saya jumlah wang yang banyak tiada gunanya jika kita menjadi alat mensabotaj perjuangan Islam.

Kapitalis Barat, Freemason dan Zionist punya modal yang jauh lebih besar dan membiaya pelbagai organisasi di seluruh dunia yg berselindung dengan jenama Islam, kebebasan dan demokrasi tetapi merosakkan kemaraan Islam.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan
PAS Pusat
1HB NOV 2015

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...