TERKINI :

Saturday, November 7, 2015

PAS hanya perlu jawab ‘YA’ atau ‘TIDAK’ – Husam Musa

Mohamad Fadli | November 7, 2015

ADUN Salor itu menjelaskan pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk mengaibkan parti itu tetapi untuk menghentikan sandiwara


PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sanggup menanggung sebarang risiko berhubung kenyataannya mengenai PAS pernah bekerjasama dengan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya, pemimpin parti Islam itu menjawab menjawab dakwaanya itu sama ada ‘ya’ atau tidak dan bukannya lari daripada isu berkenaan.

“Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerja sama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

“Antara ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja yang diperlukan. Adakah ‘ya’ atau ‘tidak’ Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?,” katanya di Facebooknya Pada Sabtu.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salur berkata pendedahan yang dibuatnya itu bukanlah untuk mengaibkan parti itu.

Katanya, tujuannya hanyalah untuk menghentikan sebarang sandiwara yang boleh mengancurkan parti Islam itu.

“Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.

“Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama,” ujarnya.

Husam berkata demikian mengulas mengenai pendedahannya ketika memberi ceramah di Pasir Mas yang dipercayai merujuk kepada waktu Pakatan Rakyat (PR) berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor, daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali pada tahun lalu.

Dalam ceramahnya itu, beliau menjelaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mencuba untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...