TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

Parlimen tolak usul supaya PM jangan pegang 2 jawatan menteri serentak

Pandikar-Najib
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi menghalang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memegang dua jawatan serentak iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli itu kerana berpandangan ia tidak menepati Peraturan Mesyuarat 27 yang memerlukan usul itu dihantar secara bertulis selain bertentangan dengan Akta Fungsi- Fungsi Menteri 1969.

Dalam masa itu, Rafizi berkata penolakan usulnya itu telah mengurangkan kebebasan dan merendahkan kedudukan Dewan Rakyat.

“Saya telah memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian untuk memisahkan fungsi Perdana Menteri dari Menteri Kewangan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat iaitu sebelum atau pada 23 September 2015.

“Dalam jawapan itu, saya tidak mengikut peraturan dan perlu failkan secara bertulis, tetapi tidak dimaklumkan bagaimana perlu bertulis melalui emel, sebelum ini ia diterima baik,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, akan memfailkan kembali Rang Undang-undang Persendirian berkenaan secara surat bertulis mengikut Peraturan Mesyuarat 27.

Dia berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat mempertimbangkannya untuk dimasukkan di dalam Aturan Mesyuarat dalam sidang depan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...