TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

PAC mengaum tapi tiada gigi

tony-pua_pac_600
KUALA LUMPUR: Kuasa dan pengaruh yang ada pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) amat mengecewakan di mana segala siasatan yang dilakukan oleh PAC tidak diambil serius oleh pihak kerajaan.

Anggota PAC, Tony Pua berkata, badan itu tidak mempunyai sebarang hak untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan atau kegiatan salah laku pihak yang telah disiasat.

“PAC hanya berhak memanggil, menyoal dan menyiasat badan-badan atau kementerian-kementerian yang didapati terlibat dalam rasuah, itu sahaja.

“Kita boleh siasat tetapi tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan. PAC hanya menghulurkan laporan siasatan kepada Parlimen dengan harapan ia diberikan kepada kementerian,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga kesal apabila banyak keputusan hasil siasatan, mesyuarat dan analisis yang dibuat oleh PAC seolah-seolah dibuang begitu sahaja.

“Mengikut rekod, apa sahaja yang dibangkitkan PAC tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Kita boleh mengaum, tetapi tidak mempunyai gigi,” katanya lagi.

Sebelum itu, Tony Pua bersama Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012, siri 2 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober 2013 berkenaan lima unit loji insinerator di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Cameron Highlands, Pulau Tioman, dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menelan belanja RM187.74 juta gagal beroperasi secara optimum.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...