TERKINI :

Wednesday, November 4, 2015

Nurul Izzah jawab respons PMO isu Anwar berkenaan kenyataan PBB

PETALING JAYA - Kerajaan begitu cakna terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, sindir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika mengulas respons Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkenaan kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kes Liwat II Anwar.

"Pejabat Perdana Menteri ( PMO) kita nampaknya paling cepat memberi respon apabila melibatkan kes kehakiman Anwar, kalaulah PMO boleh dapat bersiap siaga dan memberi respons kepada isu rakyat terbanyak itu juga akan memberi kesan yang lebih positif untuk negara," katanyadalam sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

        PANAS : MAT SABU jadi SYIAH semula.....!!!??

Semalam dalam satu kenyataan PMO menyatakan bahawa semua pihak harus menghormati hak pengadu kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan, serta proses perundangan di Malaysia dalam kes itu.

Kenyataan itu dibuat susulan gesaan PBB supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera kerana beranggapan perbicaraan kes liwat antara bekas ketua pembangkang itu dan Saiful tidak sah.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah mendakwa dalam isu ini secara jelas kerajaan tidak menghormati keputusan PBB walaupun kerajaan Malaysia senantiasa 'manis muka' dihadapan PBB.

"Isunya mudah kita negara Malaysia sebahagian daripada PBB, kita juga pernah menganggotai Suruhanjaya Hak Kemanusian, dan ia telah beri keputusan terhadap Anwar jelas bahawa kerajaan tidak menghormati keputusan PBB.

"Kerajaan pilih bulu ini kerana banyak peluang yang diberikan mereka masih tidak mahu menghormati mekanisme undang-undang antarabangsa termasuklah badan antarabangsa yang mengikat negara, pada saya rakyat dapat menilai sendiri, kita akan teruskan tekanan kerana dalam sejarah Malaysia inilah kes pertama melanggar undang-undang antarabngsa dan wajib dibebaskan," katanya.

Jun lalu, PKR telah memfailkan permohonan rasmi kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB mengenai pemenjaraan Anwar.

Kumpulan kerja PBB itu terdiri pakar dari 5 negara – Australia, Benin, Mexico, Korea Selatan dan Ukraine.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bermula Februari lalu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...