TERKINI :

Monday, November 2, 2015

Nik Abduh perjelas kenapa tak akan undi tolak bajet

Seramai 14 orang anggota parlimen PAS tidak akan terlibat dalam undian penerimaan belanjawan 2016 susulan pendekatan baru kerjasama parti itu dengan BN, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua pemuda PAS itu berkata walaupun PAS menentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

“PAS berbuat keputusan untuk berkecuali. Kita mengkritik beberapa perkara yang besar dalam bajet tersebut.

“Dan kita juga menyokong beberapa benda baru yang dibawa oleh kerajaan.

“Bajet ini memang asalnya dibuat untuk kebaikan rakyat Malaysia. Jadi kita berkecualilah,” katanya.

Nik Abduh bagaimanapun berkata wakil PAS akan terlibat membahaskan belanjawan itu.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan pembangkang lain bahawa belanjawan itu menguntungkan Najib dan kerajaan BN.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib pada 23 Oktober lalu.

Hadi dilapor berkata PAS tidak “tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak” kerana mereka menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...