TERKINI :

Sunday, November 8, 2015

NGO: Gagal tangani isu vape, BN hilang sejuta pengundi

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan risiko hilang sejuta pengundi pada pilihan raya umum jika isu rampasan cecair vape tidak ditangani segara.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah meminta Najib campur tangan dalam isu tersebut dan menggesa menteri bertanggungjawab meletakkan jawatan jika isu tersebut gagal ditangani.

"Kita mohon perdana menteri campur tangan dalam isu ini sebab hal ini melibatkan lebih daripada sejuta pengundi yang mana mereka adalah mengunakan pengguna vape.

"Kita tak nak isu ini menjadi isu politik yang akhirnya menjejaskan nama baik kerajaan yang sedia ada sebelum ini," kata Ridzuan ketika ditemui pemberita ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau mewakili IKHLAS membuat laporan polis kira-kira jam 11.40 pagi ini terhadap Kementerian Kesihatan yang didakwanya membuat rampas rokok elektronik itu baru-baru ini.

Turut hadir Majlis Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM).

Menurut Mohd Ridzuan lagi, beliau menggesa pengusaha vape yang barangnya dirampas supaya membuat laporan polis.

Sementara itu, dalam laporan polis itu, beliau berkata pihaknya, pengusaha dan usahawan vape Bumiputera kesal dengan tindakan rampasan yang dibuat kementerian itu, tanpa notis awal.

"Segala kerugian yang dialami oleh para peniaga perlu diambil tindakan," katanya dalam laporan polis itu.

Kementerian Kesihatan pada Isnin dilaporkan akan merampas cecair vape yang mengandungi nikotin dalam satu operasi dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin untuk rokok elektronik

Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam berkata kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.

Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam hari ini dilaporkan berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok (vape) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 28 Oktober, Subramaniam berkata kementerian sedang berusaha mendapatkan hak undang-undang sama ada untuk mengharamkan vape atau tidak sebelum ia menjadi isu besar.

Bagaimanapun, pada 29 Oktober, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...