TERKINI :

Tuesday, November 3, 2015

'Nak gantung, nak patah, nak kepak saya tak kisah' - Zam


Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak kisah dengan laporan terkini yang menyenaraikannya antara tujuh anggota Umno yang berdepan risiko penggantungan.

“Saya tiada masalah. Saya tak ada hal nak gantung ke, nak kepak ke, nak patah ke.

“Sebab saya tiada apa-apa (kepentingan) dalam Umno. Saya tiada kepentingan. Keluar pun tidak merugikan saya,” kata bekas menteri penerangan itu.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam itu juga secara sinis mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memantaunya kerana menjadikannya “lebih besar daripada sepatutnya”.

“Saya tidak sedih, saya tidak tersinggung. Saya tidak ada jasa pada Umno,” kata bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Zainuddin dilapor tersenarai antara tujuh anggota Umno dipantau selain Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naibnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

The Malaysian Insider melaporkan dalam senarai itu termasuk bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid selain dua pemimpin lantang akar umbi Umno Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Datuk Jamal Mohd Yunus.

Portal itu difahamkan bahawa pejabat setiausaha agung Umno masih menentukan kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pihak itu dan masih berdepan kesukaran membawa kes itu.

Zainuddin berkata belum dimaklumkan secara rasmi perkembangan itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berdepan jawatankuasa disiplin parti jika dipanggil menghadap dan membela diri.

“Bolehlah (menghadap). Saya nak dengar (tuduhan). Saya tak ada rasa apa bimbang, apa pun,” katanya ketika ditanya perkara itu.

Apa pun yang berlaku, Zainuddin bagaimanapun menegaskan faham pada aspirasi Umno hasil perkhidmatan panjangnya bersama Utusan Malaysia sebagai akhbar suara orang Melayu sebelum ini

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...