TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

Naib Presiden PAS marah Husam pertikai Kelantan penaik elaun ADUN mereka

 Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris ‎Ahmad berpendapat, kerajaan Negeri Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan elaun Adun, Exco,Timbalan, Menteri Besar dan Speaker yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Kelantan sebelum memuktamadkan keputusan tersebut.
"Apa yang wakil rakyat dapat itu ‎untuk perbelanjaan rakyat jugak.

"Wang itu untuk rakyat sebagai contoh pegawai kerajaan, gaji itu mereka dapat semua. Kita (ahli parlimen dan Adun) ini  memang untuk diberi kepada rakyat. Iaitu untuk membantu rakyat yang susah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online di Parlimen hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Husam 'kagum' dengan keberanian Kerajaan Kelantan]

Idris berkata demikian bagi mengulas kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat kini.

Dalam pada itu, Idris menyeru Husam supaya meneliti segala data yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan berkaitan isu rumah mangsa banjir.

"Teliti perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, rujuk data, ada progres daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji MB Kelantan naik hingga RM10,000]

Persidangan Dun Kelantan pada Isnin meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.  

Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...