TERKINI :

Wednesday, November 25, 2015

Muhyiddin Tetap Akan Berucap Walaupun Disekat..!!

dari Blog : ZamKata


Walaupun disekat dari merasmikan serentak tiga sayap UMNO iaitu Wanita,Puteri dan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO Disember ini tetapi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada mereka bagi meneruskan tradisi zaman berzaman.

Inilah konklusi yang dapat dibuat oleh saya setelah mengemukakan kemungkinan sekatan itu akan berlaku dalam perbualan dengan Tan Sri Muhyiddin di Cafe saya Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya baru baru ini.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak mahu memberitahu saya bagaimanakah cara beliau hendak menyampaikan ucapannya yang tentunya akan lebih menarik perhatian umum.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mendakwa keputusan untuk menggantikan peranan Timbalan Presiden UMNO oleh ketua-ketua sayap UMNO sendiri telah diputuskan oleh mesyuarat MKT UMNO di bangunan Parlimen malam ini. Alasan yang diberikannya adalah atas permintaan ketua-ketua berkenaan sendiri.

Najib sedar bahawa alasan yang diberikan olehnya itu tidak dipercayai oleh ahli UMNO apatahlagi orang ramai sebaliknya itu adalah hasratnya sendiri yang dalam keadaan takut dan gementar untuk hadapi ucapan Muhyiddin.

Muhyiddin tentunya akan menggunakan pentas yang sangat penting itu untuk mendedahkan segala-galanya.Beliau sedar bahawa ucapannya sedang ditunggu oleh rakyat diseluruh negara.

Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan mengangkat maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli UMNO,tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara.

Pertanyaan popular ialah kenaapa Najib mahu menutup mulut Timbalan Presiden untuk menyempurnakan amalan tradisi zaman berzaman yang tidak melanggar perlembagaan parti.

Sokongan beratus Bahagian Umno nampaknya tidak memberikan keyakinan,kekuatan dan keberanian kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin seorang.

Sekatan ini juga menghakiskan lagi kewibawaan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.

Ketua Pemuda UMNO,Puteri UMNO dan Wanita UMNO janganlah membisu sebaliknhya mestilah mengesahkan dakwaan Najib bahawa mereka sendiri yang mahu memecahkan tradisi UMNO bagi membuktikan bahwa Najib benar-benar King Of Money.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...