TERKINI :

Tuesday, November 24, 2015

Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie

Mesyuarat MT Umno tanpa Muhyiddin, Shafie

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini berlangsung tepat jam 6 petang.

Antara yang dilihat hadir seawal jam 5.30 petang tadi termasuk Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Turut kelihatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Tajuddin Rahman, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Idris Haron.

Bagaimanapun kelibat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tidak kelihatan pada mesyuarat itu.

Mesyuarat dijangka berlangsung selama satu jam bermula dari sekarang dan dijangka tamat jam 7 petang nanti.

Sebelum ini,  terdapat khabar angin yang tersebar mengenai nasib Muhyiddin dan Mohd Shafie bakal ditentukan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada petang ini.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sebuah sidang media semalam.


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...