TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

MB: Kedah bukan 'lubuk pengganas IS'

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/mukhriz-kedah.jpg

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataannya bahawa Kedah bukan 'lubuk lahirnya pengganas IS' seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, banyak perbincangan telah dilakukan dengan pihak polis dan pemimpin pondok agama bagi mencari tindakan yang akan diambil untuk membendung penyebaran ideologi IS (Islamic States).

"Belum ada trend yang menunjukkan pengikut IS ini, kalaupun ada di Malaysia, adalah lepasan pondok agama termasuk di Kedah.

"Pendirian kita mengenai IS ini konsisten, kita menolak fahaman IS dan kita tidak membenarkan fahaman ini menular di Kedah," katanya dalam sidang media selepas membentangkan Bajet Negeri 2016 di Wisma Darul Aman, di sini.

Bagaimanapun menurutnya, antara cabaran utama dalam mengekang ideologi IS tersebut ialah penyebarannya melalui internet, menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenalpasti siapa yang terlibat.

Sementara itu, Mukhriz berkata, tindakan ganas yang dikata dilakukan kumpulan IS di Paris Jumaat lalu sama sekali tidak mewakili umat Islam di dunia.

"Dalam agama kita tak pernah diajar untuk membunuh orang lain malah ada kaedah dimana jika kita tidak diserang kita tidak boleh mulakan serangan," katanya.

Beliau mempersoalkan liputan meluas media Barat terhadap insiden berdarah itu, berbanding serangan yang setiap hari berlaku di Palestin, Syria, Libya dan Iraq.

Keganasan di Paris itu menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...