TERKINI :

Tuesday, November 10, 2015

Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara.

Aspan Alias

aspan-alias blog
Sekarang adalah zaman kita membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain.

Apabila kita membuat ‘complain’ terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.

Jika kita tidak larat membeli ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas menteri kita. Seorang lagi menteri yang masih muda tetapi agak ‘bongok’ telah meminta kita jangan marah dengan kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan tidak kurang sikap orang yang suka melukah di tempat yang genting.

Dua hari yang lepas harga rokok melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan seperti ini amat menjemukan dan menjelekkan kita mendengarnya.

Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan.

Jika pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang lain rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja. Rakyat yang membanting tulang dicukai dengan tinggi dan dan rakyat disuruh berjimat cermat dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.

Jadi apa bezanya rakyat dengan kerbau yang membajak di sawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk berkerja di tengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.

Apabila ‘hamba abdi’ itu marah pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang betul. Sebelum rakyat dicukai rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput mati tadi, sekarang kita dicukai lagi.

Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja di bawah pentadbiran Najib ini.

Oleh kerana pemimpin kita tidak ‘resourceful’ rakyatlah yang terpaksa menjadi rakyat yang ‘resourceful’ bagi membantu pemimpin terutamanya Perdana Menteri yang sentiasa mengharapkan rakyat untuk menyelesaikan masalah negara terutamanya untuk membayar hutang negara yang besar hasil dari keborosan pimpinan negara kini.

Kita perlu ingat pucuk pimpinan kita tidak pandai hidup bersederhana. Kita terpaksa mengabdikan diri kita untuk membayar kos penyelenggaraan jet mewah kerajaan yang Najib gunakan yang menelan belanja puluhan juta ringgit dalam masa kurang dari satu tahun sahaja. Perdana Menteri tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan beliau dan isterinya. Kita disuruhnya makan kangkung sahaja.

Rakyat sebagai hamba abdinya wajar bersedia untuk membayar lebih banyak cukai kerana pimpinan kita sangat tinggi kos penyelenggaraan kehidupan mereka di Seri Perdana itu. Beliau yang selalu bercakap isu wasatiyah tidak berbelanja secara wasatiyah yang disebutnya selalu. Kita hanya wajar melakukan apa yang beliau suruh tapi jangan lakukan apa yang beliau sendiri lakukan.

Kita tidak boleh berbuat apa-apa terhadap ‘si beruk dapat bunga’ atau ‘si kudung dapat cincin’ itu. Tidak tahu apa nasib kita di hari muka mendapat pimpinan yang sebegini. – http://aspanaliasnet.blogspot.my

KLIK BAC: “Bayar Tol RM15 sehari, Ini benar-benar gila” – MP Kelana Jaya

Gambar lawak politik sumber ihsan Geng Kartun Facebook
lawak tol naik-compressed


Read more: http://malaysianreview.com/149254/dari-satu-cukai-ke-cukai-yang-lain-rakyat-seperti-hamba-abdi-pemimpin-sahaja/#ixzz3r4K8gFAZ


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...