TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

'Tiada manfaatnya Pakatan Harapan konfrontasi dengan PAS'

Tiada manfaatnya bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk mengambil pendirian konfrontasi terhadap PAS, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, kerana objektif utama gabungan itu adalah adalah untuk mengalahkan BN.

Untuk berbuat demikian, ia perlu memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang, dan itu memerlukan Pakatan Harapan untuk melibatkan diri dengan PAS, kata Rafizi.

Oleh itu, Rafizi berharap Pakatan Harapan dan blok pembangkang boleh mencapai pendrian di mana mereka mungkin tidak bersetuju terhadap dasar tertentu dan pandangan tertentu, tetapi mereka tidak boleh melupa gambaran besar, iaitu musuh utama mereka adalah BN dan Umno.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan bercakap kepada pemberita di Subang malam tadi.

Rafizi ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan, dan mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang sama dengan undi untuk BN.

Bagaimanapun, Rafizi menyifatkannya kesimpulan seperti itu sebagai pramatang kerana Pakatan Rakyat hanya berpecah beberapa bulan yang lalu dan masih ada dua setengah tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) perlu diadakan.

PAS, katanya, juga telah mengisi sebahagian besar sejarah 60 tahun penubuhannya, dengan menentang BN dan sebelum itu, Perikatan.

"Ini hanya tiga atau empat bulan sejak perpecahan Pakatan (Rakyat).

"Sebab itu saya fikir rakyat juga mempunyai peranan penting untuk menyampaikan mesej itu dan harapan mereka terhadap PAS," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...