TERKINI :

Sunday, November 8, 2015

Mahathir terus memeningkan kepala Najib

Oleh Shahbudin Husin

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya.

Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali.

Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Ini kerana yang menjadi sasaran sebenarnya dalam semua serangan Tun Mahathir itu ialah Najib sendiri.

Itu terpulang kepada mereka, katanya sambil ketawa.

Apa agaknya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau Najib terhadap Tun Mahathir selepas ini?

Menyoal siasatnya lagi dan lagi sehingga Tun Mahathir sedia membuka mulutnya?

Bagaimana jika setiap kali polis datang untuk mengambil keterangannya, Tun Mahathir masih enggan juga menjawabnya?

Adakah Tun Mahathir akan terus didakwa di mahkamah?

Beranikah Najib berbuat demikian dan sediakah beliau menghadapi risiko daripadanya?

Mungkinkah pula Tun Mahathir tidak diambil apa-apa tindakan akhirnya?

Atau Tun Mahathir sekali lagi sedang memeningkan kepala Najib untuk membuat pilihan?

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...