TERKINI :

Friday, November 27, 2015

Lim Guan Eng gagal faham fungsi DUN

UMNO ada penyakit itu dan kini menjadi kanser tahap 4, menunggu bila-bila masa masuk ke lubang kubur. Untuk DAP di Pulau Pinang pula, sudah pada tahap 2, dan masih berdegil tidak mahu menjalani kimoterapi!

Lim Guan Eng DAP 11

Oleh Harris Nasril

Semalam, satu usul sensitif dibahas di DUN Sabah, untuk melarang Nurul Izzah dan Tian Chua daripada memasuki Sabah kerana perjumpaan dengan Jacel Kiram tempoh hari. Kecoh satu negara dengan perjumpaan tersebut.

Reaksi pemimpin PKR pula sangat lucu pada mulanya. Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut sambil berjenaka sinis bahawa beliau bukan suami kepada Nurul. Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengatakan ia cuma satu ‘distraction’ dari isu pembebasan Anwar. Manakala Latheefa Koya pula menyindir kenapa perlu dihebohkan kerana Perdana Menteri juga pernah bersalam dengan Benjamin Netanyahu.

Usul yang dicadangkan oleh BN Sabah itu diluluskan dengan 47 undi setuju dari BN manakala 3 berkecuali iaitu Wilfred Bumburing (bekas-PKR),Jeffrey Kitingan (STAR) and Edwin Bosi (DAP). Lima ADUN keluar dewan sebelum pengundian berlaku iaitu 3 dari PKR – Christina Liew, Roland Chia dan Terence Siambun, manakala 2 dari DAP – Chan Foong Hin dan Junz Wong. Ada seorang ADUN ponteng, setakat ini tidak diketahui atas alasan apa. Mungkin terlewat bangun menonton perlawanan bola malam sebelumnya?

Walau bagaimanapun, dari 3 berkecuali tu, ada seorang ADUN DAP. Adakah jika berkecuali itu bermaksud ADUN DAP tersebut sudah bekerjasama dengan UMNO? Kadangkala ADUN memilih untuk berkecuali sebagai undi protes secara lembut tetapi tidak pula mahu dilihat menyokong atau membangkang secara terang-terangan usul-usul tertentu. Ini adalah hak untuk setiap wakil rakyat.

Untuk rekod, minggu lepas, 5 wakil rakyat PKR memilih untuk berkecuali dari mengundi usul penambakaan laut yang dicadangkan oleh ADUN UMNO di Persidangan DUN Pulau Pinang. Lim Guan Eng seperti cacing kepanasan terus menuduh mereka sudah bersekongkol dengan UMNO dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Kadangkala, berkuasa terlalu lama dengan majoriti 2/3 memang tidak baik untuk sesiapa sahaja, kerana mereka akan dijangkiti penyakit ego dan kepala besar.

UMNO ada penyakit itu dan kini menjadi kanser tahap 4, menunggu bila-bila masa masuk ke lubang kubur. Untuk DAP di Pulau Pinang pula, sudah pada tahap 2, dan masih berdegil tidak mahu menjalani kimoterapi!

Harris Nasril adalah pembaca FMT
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...