TERKINI :

Friday, November 13, 2015

Lapan pusat pemindahan banjir ditutup

Banjir

BALING - Sebanyak lapan daripada 14 pusat pemindahan banjir di Baling telah ditutup setakat jam 8 pagi, tadi.

Sumber Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) Daerah Baling mengesahkan hanya enam pusat pemindahan banjir masih dibuka melibatkan seramai 260 orang.

Pusat pemindahan yang ditutup ialah Dewan Surau Weng, Surau Kampung Baru Siong, Dewan Umno Batu 60, Surau Kampung Lahar, Kampung Sungai Limau, Dewan Sungai Kampung Lalang, Kampung Charok Sikin dan Kampung Gua Reban.

Sementara pusat pemindahan banjir yang masih dibuka ialah Surau Ketangga melibatkan 15 mangsa, Dewan Risda Tanjung Pari (16), Rumah Mesra Rakyat Kampung Siput (7), Dewan Bangol Derum (64), Dewan Batu 48 Bongor (24) serta Kompleks Belia dan Sukan Baling (134).

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 85 keluarga mangsa banjir gelombang kedua yang dipindahkan sejak Isnin lalu.

Difahamkan, semua pusat pemindahan banjir akan ditutup pada jam 2 petang sekiranya keadaan cuaca bertambah baik dan tidak berlaku hujan pada sebelah petang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...