TERKINI :

Tuesday, November 10, 2015

Kuala Nerang - Bayi sakit jantung perlu bantuan

KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di Kampung Padang Gelanggang, di sini memerlukan dana bagi membeli mesin bantuan pernafasan. Bayi, Muhammad Rayyan Mohd Yazid disahkan menghidap penyakit berkenaan ketika berusia sebulan. Ibu bayi, Annur Syakirah Mahazir, 19, berkata, anak kesayangannya itu kini terlantar di Wad Separa Kritikal (Pediatrik) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat penyakit berkenaan.

Menurutnya, doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami masalah jantung berlubang, saluran pernafasan sempit dan tiada injap dalam saluran pernafasan. “Disebabkan masalah itu, Rayyan sering mengalami masalah kekurangan oksigen kerana tidak dapat bernafas dengan baik dan menggunakan mesin bantuan pernafasan setiap masa.

"Selain itu, paru-paru Rayyan disahkan rosak, oleh itu dia terpaksa bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB semalam. Annur Syakirah berkata, dia dan suaminya, Mohd Yazid Lazim, 24, memerlukan dana sebanyak RM7,000 bagi membeli mesin bantuan pernafasan, tangki oksigen dan mesin penyedut kahak. Jelasnya, jika peralatan berkenaan dapat disediakan, anaknya boleh dibawa pulang ke rumah.

“Kami tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana suami bekerja sebagai penoreh getah yang berpendapatan RM800 sebulan. “Kadangkalanya kami terpaksa berhutang untuk datang ke HSB ini kerana masalah kewangan. Kini HSB sudah menjadi rumah kedua kami sejak anak dirawat di sini,” katanya.

Bagi yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi CIMB 7057753680 atas nama Annur Syakirah atau menghubungi talian 0194070530.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...