TERKINI :

Monday, November 2, 2015

Kiraan Awal Pilihan Raya Parlimen; AKP Mendahului Dengan 49.4% Undi


Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah diberi mandat sekali lagi untuk memimpin Turki, bersendirian sekali lagi selepas berehat selama lima bulan, apabila mendapatkan majoriti parlimen pada pilihanraya yang berlangsung semalam.

Dengan hampir semua undi dikira, AKP mendahului pilihan raya dengan 49.4 peratus undi dan Perdana Menteri Ahmet Davutoglu dalam responnya, menyifatkan ia sebagai kemenangan demokrasi.

Keputusan awal menunjukkan Parti Republik Rakyat (CHP) berhaluan ‘pusat-kiri’ mengikuti kemenangan AKP dengan 25.4 undi, manakala ‘sayap kanan’ Parti Tindakan Nasionalis (MHP) dengan 11.9 peratus dan Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish’ mendapat 10.7 peratus.

Dengan keputusan itu, AKP diramalkan dapat menuntut 316 kerusi daei 550 kerusi Parlimen 550, mencukupi untuk membentuk kerajaan secara tunggal dengan majoriti sendiri.

Ia telah dikejar oleh CHP dengan 134 kerusi, HDP dengan 59 kerusi dan MHP dengan 41 kerusi.

Mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya parlimen di Turki perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 276 kerusi untuk mentadbir negara itu, tanpa mengadakan gabungan dengan parti-parti lain.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...