TERKINI :

Thursday, November 12, 2015

‘Keutamaan saya untuk tukar PM, bukan Umno’ - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui keutamaan beliau adalah untuk menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri bukannya Umno, mahupun sistem kerajaan.

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan Najib berundur," katanya pada sidang media selepas simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas kenyataam Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga yang mencadangkan bahawa masyarakat awam perlu menimbang bekerjasama dengan Mahathir, jika bekas perdana menteri itu bersedia mahu mengubah sistem dan menyingkirkan Umno.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan Umno sebagai parti yang baik.

"Umno tidak rasuah, hanya orang dalam Umno yang rasuah," kata beliau sambil menambah bahawa mereka dalam Umno mahu sesuatu daripada parti.

"Setakat yang saya tahu, melainkan jika kepimpinan itu diubah, jangan harap akan ada perubahan," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...