TERKINI :

Wednesday, November 4, 2015

Kes Anjing Gila di Kedah terkawal setakad ini

ALOR SETAR - Kes jangkitan anjing gila (rabies) yang dikesan berlaku di Kedah sejak September lalu terkawal.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata,tiada kes baharu berkaitan jangkitan itu dilaporkan berlaku setakat ini.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah melakukan kerja yang cukup baik dengan mengambil tindakan pencegahan awal sejak kes itu mula dilaporkan berlaku di Perlis.

“Setakat ini hampir 10,000 vaksin diberikan kepada anjing peliharaan di negeri ini melalui pendekatan turun padang khususnya di kawasan kediaman,” katanya kepada media selepas melancarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Baru peringkat negeri di sini, hari ini.

Untuk itu, beliau sentiasa berhubung dengan pihak berkenaan untuk mendapat perkembangan terkini usaha membendung wabak tersebut dari semasa ke semasa.

Pada perkembangan lain, Yong Kong berkata, tiada kes demam kepialu dilaporkan berlaku di Kedah.

“Satu kes yang pernah dilaporkan sebelum ini hanyalah demam biasa berbanding dengan peningkatan mendadak kes di Lembah Klang yang kelihatan kemungkinan menjadi satu wabak.

“Sebagai pencegahan awal, orang ramai termasuk pengendali makanan perlu mengambil berat soal kebersihan kerana pelbagai penyakit boleh merebak jika aspek itu diabaikan,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...