TERKINI :

Friday, November 27, 2015

Kepimpinan UMNO tersesat – A. Kadir Jasin

 kadir-jasin
PETALING JAYA: Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, kepimpinan UMNO telah tersesat apabila menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seolah-olah mesyuarat Kabinet.

Katanya, perkara itu berlaku apabila mereka gagal membezakan antara parti dan kerajaan.

Malah, perkara sama yang turut berlaku apabila mereka juga tidak dapat membezakan antara Presiden UMNO dengan Perdana Menteri.

“Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya,” katanya menerusi blog kadirjasin.blogspot.my.

A. Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Bhd mendakwa, kepimpinan UMNO telah mengabaikan tugas dan hak istimewa parti itu sebagai sebuah parti yang berkuasa dengan membenarkan ia diperkudakan oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri dan konco-konconya.

“Mereka lupa bahawa UMNO mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, UMNO sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi, UMNO laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu,” ujarnya.

Tambah beliau, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan bahawa Ahli Majlis tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, ketua-ketua dan Ahli Jawatankuasa Bahagian mempunyai pemikiran yang dangkal kerana membenarkan semua itu berlaku.

Katanya, mereka akan menyalak dengan membuat pendedahan sekiranya tersepit dan membuat cerita serta helah kononnya apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan UMNO.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...