TERKINI :

Thursday, November 12, 2015

Kenapa YaPEIM Bayar Pemimpin Wanita UMNO, Suami Serta Anaknya RM81,700 Sebulan?


Apa agaknya perasaan 588,930 orang penderma secara bulanan YaPEIM bila mengetahui sumbangan derma mereka digunakan untuk membayar gaji yang terlalu tinggi seorang pemimpin Wanita UMNO, Anaknya dan juga elaun kepada suami pemimpin wanita itu?

Jumlahnya bukan sedikit tapi secara keseluruhannya keluarga Wanita UMNO itu dikatakan menerima sekitar RM81,700 sebulan dari YaPEIM..

Sikit info mengenai YaPEIM..
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditubuhkan pada 1976 untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat serta program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu mangsa bencana alam.

Dari segi sumber kewangan, YaPEIM menggalakkan individu dan institusi swasta menyumbang sama ada melalui skim potongan gaji atau skim korporat penyayang. Untuk penjawat awam misalnya, kemudahan potongan gaji boleh dibuat setiap bulan dengan potongan serendah RM5.
YaPEIM kutip derma untuk membina Masjid.. Najib kenakan GST pun sebab nak bina lebih banyak Masjid.. yang dok mintak derma kat medan selera-medan selera juga menjadikan nak bina Masjid sebagai alasan...

Baguslah kalau semua pakat minta derma untuk membina Masjid.. semoga Islam terus subur di negara kita ini..

Tapi masaalahnya sekarang ialah mengapa YaPEIM membayar terlalu tinggi kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan, Anaknya serta elaun buat Suaminya?

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini sekali lagi mendedahkan kepincangan sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan serta keluarganya mempunyai 14 jawatan berbeza dalam yayasan itu, memperoleh pendapatan hampir RM81,700 sebulan.

Wanita Umno yang berada di kedudukan kedua tertinggi di yayasan tersebut menerima gaji dan elaun RM45,500 sebulan dengan memegang 7 jawatan, manakala anak lelakinya turut memegang jawatan sebagai pengarah, dan menerima gaji dan elaun bulanan RM31,200.

Bukan itu sahaja, suami wanita berkenaan turut dilantik menjadi fellow yayasan itu dengan dibayar elaun RM5,000 sebulan.

"(Maklumat) ini pun merupakan pendapatan tahun lepas. Tahun ini mungkin ada kenaikan.

"Perkara itu disahkan melalui surat elaun bulanan," kata Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang media itu, Akmal turut mendedahkan beberapa bukti dalam bentuk surat pengesahan elaun bulanan, carta organisasi yayasan dan surat tawaran lantikan jawatan.

NGO itu turut mendedahkan seorang lagi individu yang memegang 12 jawatan, termasuk berstatus presiden dan pengerusi, memperoleh pendapatan RM73,000 sebulan.

Justeru, NOW menggesa perkara tersebut diperjelaskan, memandangkan tugas mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.

"Sebaliknya, mereka menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar. Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku?" soal Akmal.

Yayasan itu berada di bawah pengawasan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau setakat ini tidak memberi sebarang respons kepada panggilan dan mesej dari The Malaysian Insider bagi menjawab dakwaan dibuat NOW itu.

NOW akhir-akhir ini sering membongkar kegiatan rasuah oleh yayasan berkaitan kerajaan tersebut yang menerima sumbangan dari orang ramai dan juga geran kerajaan.

Awal minggu ini, NOW mendedahkan penglibatan yayasan itu dalam menyalurkan RM223,000, kononnya bagi program kemasyarakatan ketika pilihan raya kecil Rompin pada Mei tahun ini, tetapi sebaliknya ia disalurkan kepada seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan.

Pemimpin Wanita Umno itu juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyalahgunakan dana bantuan banjir yang diamanahkan kepada yayasan itu untuk mangsa banjir di Kelantan - The Malaysian Insider


Dah jadi macam harta mak bapak dia pulak YaPEIM tu.. main bedal ikut suka saja..

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...