TERKINI :

Monday, November 16, 2015

Kenapa Pas perlu lantik Penyelaras Parlimen Tumpat sedangkan mereka masih ada kerjasama dengan PKR

Pertikai Pas lantik Penyelaras Parlimen Tumpat

TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) Tumpat kesal tindakan Pas Kelantan melantik Penyelaras Parlimen Tumpat bagi menggantikan tugas Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR.

Ketua Penaja Amanah Tumpat, Wan Mohd Johari Wan Omar berkata, pelantikan itu nyata bertentangan dengan semangat kerjasama Pas dan PKR seperti yang digembar-gemburkan parti itu selama ini. Katanya, tindakan Pas itu jelas tidak tidak menghormati PKR sebagai rakan sekutu tunggalnya buat masa sekarang.

“Seperti yang kita sedia maklum, Pas menegaskan mereka masih bersama Pakatan Rakyat dan bekerjasama (bertahaluf) dengan PKR. “Ini dibuktikan dengan beberapa siri kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pas sejak dari krisis sehingga meruntuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Exco Kerajaan Negeri telah dilantik Pas Kelantan sebagai Penyelaras Parlimen Tumpat. Wan Johari berkata, selain Penyelaras Parlimen Tumpat, Pas Kelantan juga telah melantik Naib Yang DiPertua Pas Kawasan Tumpat, Wan Roslan Wan Hamat sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan (JHET) bagi mewakili Ahli Parlimen Tumpat. Beliau mendakwa, pelantik Wan Roslan yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar telah dibuat tanpa berunding dengan PKR.

Wan Mohd Johari memaklumkan pengumuman lantikan itu dilakukan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merangkap YDP Pas Tumpat pada 7 November lalu di Dewan Wisma I’badurrahman, Pejabat Pas Dun Pasir Pekan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...