TERKINI :

Monday, November 9, 2015

Kenapa Mahathir enggan jawab soalan polis

  
 
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjawab soalan berkaitan siasatan dakwaan rasuah pemimpin Umno kerana perkara itu tidak penting lagi dalam sebuah "negara polis", kata bekas menteri.

Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata sama ada menjawab soalan atau tidak, polis akan tetap mendakwa seseorang itu di mahkamah jika mereka mahu.

“Mereka akan tanya kamu soalan walaupun kamu tidak tahu asas siasatan terhadap kamu.

“Ini mungkin sebabnya kenapa Mahathir enggan menjawab soalan mereka,” kata Zaid.

Zaid mengetengahkan isu itu setelah menerima banyak panggilan daripada penyokong Mahathir yang bimbang bekas perdana menteri itu didakwa kerana tidak menjawab soalan polis.

Ketika dinyatakan kenyataan 6 November lalu, Mahathir mengambil pendirian tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

"Mereka (polis) bertanya soalan, saya berkata, saya tidak akan menjawab," kata Mahathir sambil ketawa ketika diajukan soalan pemberita selepas selesai sesi itu.

Sementara itu, Zaid, bekas menteri undang-undang, membandingkan dengan keadaan di Britain yang menyaksikan polis akan menerangkan sebab siasatan terhadap seseorang itu dibuat.

“Mereka akan terangkan laporan berkaitan kamu dan mereka akan beritahu tiada apa yang kami beritahu akan digunakan terhadap kami jika mereka mahu mendakwa kamu selepas itu.

“Di Britain, seseorang itu berasa yakin kerana polis akan betul-betul ikut undang-undang,” katanya.

Beliau bagaimana menegaskan tidak pernah menjadi peguam jenayah dan mencadangkan penyokong Mahathir merujuk kepada peguam lain untuk melegakan kebimbangan mereka.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...