TERKINI :

Tuesday, November 3, 2015

Kempen "Mana RM2.6BILION?"

Beberapa bulan telah berlalu sejak pendedahan The Wall Street Journal tentang wang RM2.6 bilion dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia. Sehingga hari ini seluruh rakyat Malaysia masih tercari-cari, terpinga-pinga dari siapa, untuk apa, kepada siapa dan ke mana wang RM2.6 bilion tersebut?

Perdana Menteri sendiri mengakui duit RM2.6 bilion tersebut diterima beliau dari seorang penderma dari Timur Tengah. Timbalan Perdana Menteri maju setapak lagi dengan mengatakan beliau sudah bertemu wakil penderma tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] juga mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan wang tersebut malah menyatakan akan memanggil Najib memberikan keterangan.

Masa berlalu tetapi statusnya masih sama. Najib belum dipanggil memberikan keterangan. Siapa penderma, untuk apa diderma, kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib masih belum terjawab. Pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat setiap hari menyentuh isu tersebut tetapi tiada sebarang jawapan diberikan.

Bertolak daripada tarikh pembentangan Bajet 2016 di mana sebahagian Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak termasuk Ahli Parlimen "Penasihat" mengangkat plakad "MANA RM2.6 BILION?" di dalam Dewan Rakyat, maka saya merasakan adalah wajar kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan integriti dan urus tabdir negara menggerakkan dan meneruskan kempen "MANA RM2.6 BILION?" ini sehingga jawapan dan penjelasan berkaitan isu tersebut diberikan oleh Kerajaan.

Ayuh bersama-sama kita tukar profile facebook kita kepada profile Kempen "MANA RM2.6 BILION?'.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...