TERKINI :

Sunday, November 8, 2015

Kematian denggi meningkat di Kedah


denggiALOR SETAR - Angka kematian akibat demam denggi meningkat sebanyak 12 kematian di Kedah bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober lepas berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kes kematian terbaharu membabitkan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dari Kuala Muda pada 27 Oktober lalu.

"Pesakit telah mengalami demam, sakit kepala dan muntah selama tiga hari sebelum dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim pada 23 Oktober dan telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama dan selepas beberapa hari dirawat, pesakit meninggal dunia pada 27 Oktober," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Norhizan berkata bagaimanapun, kes demam denggi di negeri itu mencatatkan penurunan 6.9 peratus iaitu 770 kes berbanding 828 kes yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata di Kuala Muda dan Sik, kes jangkitan demam mencatatkan penurunan, tetapi lapan daerah mencatatkan peningkatan dengan Bandar Baharu mencatatkan kes tertinggi diikuti Yan, Baling, Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Kota Setar dan Padang Terap.

Katanya pihaknya telah memeriksa 311,639 premis sepanjang tempoh berkenaan dan mendapati 5,174 premis membiak jentik-jentik.

Dr Norhizan berkata jabatan juga mengeluarkan 2,533 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 357 notis arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...