TERKINI :

Monday, November 16, 2015

Jangan campuri urusan Pas di Selangor

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan memberi amaran kepada pimpinan DAP supaya tidak mencampuri pentadbiran Kerajaan Selangor.

Beliau berkata parti itu tidak mempunyai hak untuk menghalang Pas untuk membawa dasar parti Islam itu ke dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Dia sepatutnya tidak boleh campur tangan dari sudut kerajaan sebab beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan kita Kerajaan Selangor.

"Kita tiada sebarang masalah sama ada Pas, DAP atau PKR, kita boleh bekerjasama, kita boleh duduk semeja untuk berbincang," katanya kepada pemberita di SACC, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini bahawa DAP perlu berada dalam Kerajaan Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan 'dasar yang tidak baik' kepada rakyat di negeri itu.

Wan Hasrina juga berkata, DAP perlu menghormati agama Islam sebagai dasar parti Islam itu. "Kalau ada usaha untuk menyekat Pas daripada menyuarakan dan memperjuangkan hudud dan sebagainya, itu perjuangan kita kerana dasar Pas," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...